Friday, October 25, 2024

Laman Blog Rasmi Badan Pengawas SMK Sungai Choh Kini Dirasmikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  

Mengambil kira arus permodenan zaman dan mengikut trend yang terkini, guru-guru pengawas SMK Sungai Choh telah bersepakat untuk melancarkan beberapa platform media sosial. 



Antara objektif utama platform ini diwujudkan adalah sebagai perantara di antara pengawas dan murid, warga sekolah serta pembaca-pembaca alam maya. Selain daripada blog, platform lain yang diwujudkan adalah akaun rasmi Instagram, Facebook dan TikTok. 

Objektif utama untuk berkongsi aktiviti terkini Badan Pengawas SMK Sungai Choh (SEMESCO), platform ini juga merupakan wadah pelbagai informasi sekolah dan berkaitan. 

Badan Pengawas Sesi 2024/2025 bersama Encik Muhd Suhaimi bin Abdullah (Mantan pengetua), Pn Mazlina Binti Mohamad (mantan PK HEM), Tn Hj Rosli Bin Yusof (PK Ting 6) , Pn Fuziah Binti Mohamad (PK HEM) dan guru-guru pengawas. 


Harapan kami, agar badan pengawas SEMESCO akan megah berdiri dengan pelbagai kejayaan dan menjadi contoh yang terbaik untuk murid-murid pada masa akan datang. 

Ad Ducere, Unggul Bersama SEMESCO! 


Tinta khas dari Ketua Guru Pengawas, 

Sir Azfar 

SPM 2024 : SMK Sungai Choh No. 1 Lonjakan Saujana Daerah!

Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2024 SMK Sungai Choh.  Tahun ini, kita mencatat sejarah manis apabila diumumkan sebagai sekolah ya...