Meletakkan objektif untuk menaikkan imej untuk lebih berketrampilan. hasil perbincangan guru-guru pengawas SMK Sungai Choh telah bersetuju untuk menggunakan logo pengawas bermula pada tahun 2025.
Selain meletakkan lencana sekolah sebagai satu kebanggaan buat murid-murid, logo pengawas akan digunapakai sebagai sebuah identiti organisasi murid. Logo yang akan digunapakai pada ketika ini adalah logo pengawas rasmi sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di seluruh Malaysia.
Logo ini telah digunapakai menerusi buku panduan dan pekeliling KPM yang diedarkan pada tahun 2021. Berikut adalah logo dan maksud bagi setiap warna yang tertera.
- Tangan yang menggenggam menggambarkan pengawas sekolah adalah sebagai pemegang amanah untuk membantu menguat kuasa peraturan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Warna merah menunjukkan pengawas sekolah perlu memiliki sifat berani dalam melaksanakan tugas.
- Warna putih menunjukkan pengawas sekolah perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan keikhlasan.
- Warna biru menunjukkan pengawas perlu melaksanakan tugas secara adil tanpa mengira bangsa demi mengekalkan perpaduan.
- Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia

