Wednesday, May 7, 2025

SPM 2024 : SMK Sungai Choh No. 1 Lonjakan Saujana Daerah!

Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2024 SMK Sungai Choh. 


Tahun ini, kita mencatat sejarah manis apabila diumumkan sebagai sekolah yang berada di kedudukan pertama Lonjakan Saujana Daerah Hulu Selangor – peningkatan prestasi yang luar biasa!

Lebih membanggakan, bagi badan pengawas sendiri 90% pengawas sekolah berjaya memperoleh keputusan cemerlang, termasuk mereka yang meraih straight A’s!

Selain itu, mantan ketua pengawas 2024, saudara Aqif turut memperoleh keputusan yang membanggakan, iaitu 8A

Disiplin, kepimpinan dan usaha gigih mereka terbukti membuahkan hasil.



Kami amat berbangga dengan setiap calon. Tak kira apa pun keputusan anda – yang penting anda dah berusaha sehabis baik. 

Terima kasih juga kepada barisan guru yang sentiasa memberikan yang terbaik, serta ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan ini.





SMK Sungai Choh – Terus Melangkah, Terus Gemilang!


Monday, May 5, 2025

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda SMK Sungai Choh: Menyemai Nilai, Membentuk Jati Diri

Baru-baru ini, SMK Sungai Choh telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda yang melibatkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar termasuk Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Koperasi, serta AJK Tertinggi Unit Kokurikulum.


Program yang berlangsung selama sehari ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Caliph Soul Consultant, sebuah pasukan perunding latihan berpengalaman dalam pembangunan jati diri dan kepimpinan remaja.

Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya aktiviti berkumpulan, latihan kepimpinan berasaskan simulasi, team building, serta slot motivasi yang menyentuh aspek kepimpinan beretika dan komunikasi berkesan.



Menurut Pengetua SMK Sungai Choh, Puan Mariam Binti Mat kursus ini bukan sahaja bertujuan memantapkan kemahiran memimpin dalam kalangan pelajar, malah untuk membentuk sahsiah diri dan nilai-nilai murni dalam kalangan pemimpin pelapis sekolah.

“Kepimpinan bukan hanya tentang kuasa, tetapi tanggungjawab dan teladan. Kita mahu pelajar kita jadi contoh terbaik, bukan sahaja di sekolah, tetapi dalam komuniti,” ujar beliau 

Peserta menunjukkan semangat dan komitmen tinggi sepanjang program, dan ramai menyifatkan kursus ini sebagai satu pengalaman yang membuka mata dan memberi inspirasi.


Dengan penganjuran kursus ini, diharapkan semua pemimpin pelajar SMK Sungai Choh dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cemerlang dan menjadi agen perubahan positif di sekolah.

SPM 2024 : SMK Sungai Choh No. 1 Lonjakan Saujana Daerah!

Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2024 SMK Sungai Choh.  Tahun ini, kita mencatat sejarah manis apabila diumumkan sebagai sekolah ya...